Tuesday 27 September 2011

Apa itu FATWA???

silalah berkongsi apa-apa pengetahuan yang anda tahu mengenai fatwa dengan meninggalkan komen di bawah.

*we love feedback!

Monday 26 September 2011

FATWA YANG DI WARTAKAN DI NEGERI KELANTAN

Fatwa Mengenai Penyelarasan Zon Waktu Sembahyang Bagi Negeri Kelantan 

Tarikh Keputusan:
18 Aug, 2002
Keputusan:
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39
Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi
Jemaah Ulama' yang bersidang pada 9 Jamadil Al-Thaniah 1423H bersamaan 18hb. Ogos 2002M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat fatwa yang berikut :-
A) Bahawa kaedah kiraan waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan dipinda dari pengunaan satu zon jadual waktu sembahyang kepada dua zon .
B) Stesyen rujukan untuk kiraan bagi sesuatu zon hendaklah terletak di bahagian paling barat zon tersebut.Ia adalah seperti berikut :-
i) Zon 1 - Stesyen rujukan ialah Bandar Rantau Panjang.Ia meliputi bandar Kota Bharu,Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas,Tanah Merah, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Rantau Panjang dan Daerah Chiku( Gua Musang ).
ii) Zon 2 - Stesyen rujukan ialah Pekan Pos Dakoh .Ia meliputi
Bandar Jeli, Pos Dakoh serta Daerah Galas dan Bertam (Gua Musang).
iii)Bandar Jeli tidak akan digunakan sebagai stesyen rujukan
berikutan penyelarasan zon waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
1 Jan, 1970

 

ANALISA (S.W.O.T)

STRENGTH :

1)Fatwa yang tepat dan betul mengikut fatwa yang telah diwartakan.
2)Pengunaan 'templete' yang ringkas & menarik yang boleh membuatkan pelawat blog
    berminat untuk mengeksplorasi blog.
3)Memaparkan isu terkini yang boleh dijadikan rujukan oleh semua pihak.
4)Memastikan hukum Allah S.W.T diketahui semua pihak.

WEAKNESSES:

1)Fatwa yang disiarkan  mungkin tidak dapat diterima oleh semua pihak.
2)Fatwa yang disiarkan tidak merangkumi semua negeri di malaysia.

OPPORTUNITY:

1)Boleh dijadikan tempat atau sumber rujukan oleh muslimin dan muslimat.
2)Boleh merungkai pertanyan yang berkaitan hukum dengan meninggalkan komen.
3)Berkongsi maklumat.
4)Bertukar pendapat diantara pelawat-pelawat blog dalam meluaskan
   pengetahuan sesama islam.

THREAT:
1)Penyelewengan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
2)Sesetengah pihak yang mahu memansuhkan fatwa yang telah diwartakan.

FATWA YANG DI WARTAKAN DI NEGERI SELANGOR


NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 64
No.14
7hb Julai 2011
TAMBAHAN No.15
PERUNDANGAN
Sel. P.U. 46.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
[En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut
subseskyen 48(6) Enakmen itu.
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003
FATWA UNDER SECTION 47
PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of
Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of
Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set
out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.
JADUAL/SCHEDULE
PEMBAYARAN ZAKAT OLEH SYARIKAT PENGURUS DANA SAHAM
AMANAH (UNIT TRUST)
Pengenaan zakat terhadap dana saham amanah (Unit Trust) adalah berasaskan
pelaburan sebagai Urud Tijarah. Zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5%.
Bertarikh 23 Jun 2011
Dated 23 June 2011
[MAIS/SU/BUU/02/016/12-2; P.U. Sel. AGM. 0007 Jld. 3]
Dengan Titah Perintah/ By Command
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor/
Chairman of the Fatwa Committee of Selangor

Sunday 25 September 2011

CARTA ORGANISASI 2011/2012


CARTA ORGANISASI 2011



MUFTI
DATO DR SHAHRULNOR BIN SULAIMAN


TIMBALAN MUFTI
DR MOHD NASRUL HADI BIN HAMZAH


PEGAWAI ISTINBAT 1
    PUAN SRI DR NURUL AIN BT ABD RAZAK  


PEGAWAI ISTINBAT 2
DATIN SERI NURFARHANA BT BASARI