Monday 26 September 2011

FATWA YANG DI WARTAKAN DI NEGERI KELANTAN

Fatwa Mengenai Penyelarasan Zon Waktu Sembahyang Bagi Negeri Kelantan 

Tarikh Keputusan:
18 Aug, 2002
Keputusan:
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39
Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi
Jemaah Ulama' yang bersidang pada 9 Jamadil Al-Thaniah 1423H bersamaan 18hb. Ogos 2002M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat fatwa yang berikut :-
A) Bahawa kaedah kiraan waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan dipinda dari pengunaan satu zon jadual waktu sembahyang kepada dua zon .
B) Stesyen rujukan untuk kiraan bagi sesuatu zon hendaklah terletak di bahagian paling barat zon tersebut.Ia adalah seperti berikut :-
i) Zon 1 - Stesyen rujukan ialah Bandar Rantau Panjang.Ia meliputi bandar Kota Bharu,Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas,Tanah Merah, Tumpat, Machang, Kuala Krai, Rantau Panjang dan Daerah Chiku( Gua Musang ).
ii) Zon 2 - Stesyen rujukan ialah Pekan Pos Dakoh .Ia meliputi
Bandar Jeli, Pos Dakoh serta Daerah Galas dan Bertam (Gua Musang).
iii)Bandar Jeli tidak akan digunakan sebagai stesyen rujukan
berikutan penyelarasan zon waktu sembahyang bagi Negeri Kelantan.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
1 Jan, 1970

 

1 comment:

  1. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

    ReplyDelete